Saturday, May 23, 2009
Penghantaran Berhenti Sementara sehingga 18 Jun 2009
Dimaklumkan bahawa kedai online Babyz n Mom akan menghentikan sementara penghantaran mulai Isnin 25 Mei 2009 sehingga 18 Jun 2009. Ini kerana saya dan suami akan menunaikan umrah di tanah suci.
Kedai online akan dibuka seperti biasa sekiranya ingin mebuat 'booking'. Bayaran boleh dibuat selepas 18 Jun 2009.
Terima kasih dan harap maklum.
Friday, February 20, 2009
Cara Lipat Prefold - 3
1. Mula-mula bentangkan prefold. Letakkan doubler di atas prefold seperti dalam gambar.
2. Selepas itu, lipatkan sedikit di bahagian bawah.
3. Lipatkan ke dalam (bagi sebelah kiri). Kembangkan semula di bahagian atas.

4. Buat yang sama seperti tadi, untuk sebelah kanan pula.

5. Lipatkan bahagian bawah tadi ke depan. Ini dilakukan semasa prefold dipakaikan kepada bayi.

6. Perkemaskan bahagian kiri dan kanan. Sematkan dengan pin atau Snappi Diaper Fastener (ada dijual di www.babyznmom.com )

Selamat Mencuba
Monday, November 03, 2008
Cloth Pad baru.. Freshmoon pads

Maklumat Tentang Produk
All-In-One atau semua dalam satu, jadi boleh terus dipakai. Diperbuat dari satu lapisan Windpro Fleece sebagai lapisan kering (stay-dry) dan di dalamnya kain kapas / hemp organik. Tidak perlu membeli lapisan luar atau dalam berasingan. Dijamin lebih selesa dari tuala wanita pakai buang. Senang dicuci.
Ukuran: Terdapat dalam 2 saiz. Panjang 11 inci dan 13 inci jadi sesuai untuk heavy-flow dan post-partum.
Sunday, October 26, 2008
Kedai Tutup sat..
Dimaklumkan bahawa kedai Babyz n Mom ditutup sehingga 12 November 2008. Ini kerana kami sedang membuat sedikit penyelenggaraan. Oleh kerana saya tidak mahu anda menunggu lama untuk mendapatkan produk, penutupan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Kami juga akan memuatnaik produk terbaru dalam waktu tersebut.
Sekiranya ada sebarang soalan, boleh hubungi saya di babyznmom@gmail.com
Saya juga memohon maaf atas segala kesulitan.
Terima kasih.
Zureen Hashim
www.babyznmombm.blogspot.com
Friday, September 26, 2008
Mommy Nursing Necklaces
Babyz n Mom kini mempunyai rangkaian Nursing Necklace dari MommyNecklaces
Ia merupakan rantai leher yang dipakai semasa menyusukan bayi anda. Ia bagi mengelakkan ibu-ibu dari menjadi 'mangsa' cubitan dan gigitan bayi yang semakin galak dan teruja ingin meneroka alam sekeliling.
Rantai leher ini adalah lebih lagi dari itu..
Melalui pengalaman 4 tahun, ibu-ibu telah memberi maklumbalas bahawa mereka telah memakai terus rantai leher ini, walaupun anak mereka telah tidak lagi menyusu badan. Ia membantu ibu-ibu berkeyakinan memakai semula rantai leher yang ditinggalkan apabila anak mulai menarik-narik rantai leher 'mahal' anda.
Ia merupakan barang kemas yang diikat kemas dan kuat, tidak mengandungi sebarang bahan beracun (telah diuji di makmal), dibina dengan ciri keselamatan extra (jika direntap, ia akan terbuka dan tidak putus). Jadi, tiada lagi manik-manik rantai terputus dan berterabur di lantai, tiada lagi rantai emas anda terputus dan tidak dipakai lagi. Jangan lupa, Mommy Necklaces juga datang dalam pelbagai warna dan corak yang menarik bagi menarik perhatian bayi di setiap sesi penyusuan. Jadi, bayi akan menyusu dengan lebih lama.
Mommy Necklaces juga menyumbang kepada perkembangan bayi melalui deria sentuhan dan penglihatan. Ia memberi perasan selamat, kerana bayi boleh memegang, menggenggam, serta melurut manik-manik yang pelbagai tekstur. Ia membantu perkambangan motor bayi.

Bagi atuk dan nenek, Mommy Necklaces juga berguna bagi 'bonding'. Bayi akan mengenali anda lebih cepat kerana tertarik dengan manik yang pelbagai bentuk dan warna.
Mommy Necklaces telah diuji ketahanannya. Diperbuat dari manik plastik yang dijamin tidak beracun, tidak sumbing/serpih walaupun dihentak ke meja/lantai berkali-kali. Ia juga datang dengan jaminan tidak putus selama setahun. Pastikan anda menyimpan bukti pembelian.
Sekiranya tali pengikat manik putus, pulangkan ia untuk diperbaiki dengan percuma.
Sunday, September 21, 2008
Cuti Hari Raya Aidilfitri
Dimaklumkan bahawa Babyz n Mom akan ditutup bagi cuti Hari Raya Puasa bermula 26 September 2008.
Penghantaran terakhir sebelum Raya adalah pada 25hb September 2008.
Jika ingin mendapat barang pesanan anda sebelum Raya, pastikan:
- telah membuat pesanan
- telah membayar sebelum pukul 8 malam pada 24 Sept. 2008
- dan telah inform saya melalui SMS 013-2575842 bagi mempercepatkan urusan. Nyatakan nama dan jumlah yang telah dibayar.(Bagi urusniaga antara-bank, saya akan tunggu bayaran 'clear' dalam akaun saya)
Terima kasih.
Wednesday, September 17, 2008
Envirosax, Beg Pelbagai Guna yang Mesra Alam

Envirosax® beg guna semula yang Mesra Alam
Cantik rupanya, murah dan padat (boleh digulung dan disimpan dalam ruang kecil menyimpan barang di dalam kereta)
Menggunakan beg mesra alam akan menjadi budaya menggantikan penggunaan beg plastik. Dengan memilih untuk membuat sedikit perubahan, kita akan dapat memelihara alam sekitar untuk warisan anak-anak kita.
Beg ini adalah ringan, tahan lasak dan boleh digulung kecil.
Dapatkannya hari ini di www.babyznmom.com
Envirosax® reusable shopping bags are spreading the eco-friendly message with style!
Chic, in-expensive and compact, Envirosax® environmentally friendly shopping bags carry the message of re-use to a world ready to embrace a brighter ecological future.
Using eco-friendly reusable shopping bags instead of plastic bags is a culture, which will evolve over time. Envirosax makes the “move in the right direction” easier by providing a bag that rolls up and becomes a lightweight and portable, 1.4oz package. These groovy bags, available as single items, also come as an assortment of 5 durable waterproof, lightweight bags contained in a small pouch. The pouch is small enough to stow into a glove box or a handbag, so forgetting your green bags again is now a problem solved!
Envirosax® - changing your way of life! Purchase an eco-friendly bag now and move in the right direction!